← Kembali ke Laman Utama

Cara Guna Pitis POS

Panduan langkah demi langkah untuk pemilik restoran dan kafe Malaysia. Ada soalan? Hubungi kami di hello@pitis.app

Persediaan Pertama (5–15 minit)
Download dan pasang Pitis POS
Cari Pitis POS dalam App Store dan tap Dapatkan.
Percuma sepenuhnya semasa fasa beta — tiada kad kredit diperlukan.
Setup Wizard pertama kali
Buka app — Setup Wizard akan muncul secara automatik.
Ikut langkah demi langkah tanpa sebarang konfigurasi manual.
Isi maklumat perniagaan
Masukkan semasa setup:
Nama Kedai — tercetak pada setiap resit
TIN — Nombor Pengenalan Cukai LHDN
No. SSM — nombor pendaftaran perniagaan
Alamat — alamat lengkap premis
Tambah produk pertama
Tambah produk dengan nama, harga, dan kategori.
Anda boleh tambah lebih banyak produk kemudian dari tab Produk dalam Inventori.
Sambung printer Bluetooth (pilihan)
Pergi ke Tetapan → Printer → tap Scan.
Sebarang printer termal ESC/POS Bluetooth berfungsi (58mm atau 80mm).
Sedia jual hari sama
Setup selesai — buka tab POS dan mulakan jualan pertama anda hari ini.
Buat Jualan Pertama
Log masuk dengan PIN
Pilih nama pengguna anda → masuk PIN 4-digit.
Setiap staff ada PIN tersendiri untuk keselamatan dan rekod jualan.
Pilih jenis order
Pilih dari 4 jenis: Dine-in, Walk-in, Bungkus, atau Retail.
Jenis F&B (Dine-in/Walk-in/Bungkus) akan hantar ke KDS dapur secara automatik.
Tambah item ke troli
Tap produk dalam grid katalog atau imbas barcode.
Item sama digabung secara automatik dalam troli.
Ubah kuantiti, modifier, varian
Tukar kuantiti, pilih modifier (kurang manis, extra pedas), atau pilih varian (saiz/suhu).
Harga dikira semula secara automatik.
Bayar dan cetak resit
Masuk amaun → app kira baki tunai automatik.
Resit dicetak secara automatik jika printer disambung.
Jualan disimpan sebelum cetak
Jualan disimpan ke peranti sebelum cetak — printer gagal ≠ jualan hilang.
Data selamat walaupun tiada internet.
Kaedah Bayaran (Cash, DuitNow QR, Card)
Pilih kaedah bayaran
Di skrin bayaran, pilih antara Cash, DuitNow QR, Card, atau Kredit Pelanggan.
Setiap kaedah direkod berasingan dalam laporan.
Bayaran tunai (Cash)
Masuk amaun diterima → app kira baki secara automatik.
Jika printer dan laci tunai disambung, laci buka sendiri selepas bayaran tunai.
DuitNow QR
Pilih DuitNow QR sebagai kaedah bayaran. Pelanggan imbas kod DuitNow QR perniagaan anda (QR statik dari bank anda) dan bayar dari app perbankan mereka, kemudian anda sahkan untuk rekod jualan.
Kad (Card)
Pilih Card untuk rekod bayaran melalui terminal kad. Pitis merekod jualan; pemprosesan kad dibuat oleh terminal bank anda.
Kredit Pelanggan
Pilih Kredit Pelanggan untuk caj ke akaun pelanggan berdaftar (bayar kemudian). Pelanggan perlu dipilih dahulu.
Inventori & Stok
Buka Inventori
Tap tab Inventori. Ada dua tab di atas: Catalog (produk) dan Stock (paras stok).
Tambah produk baharu
Dalam tab Catalog → tap + → New Product.
Isi Name dan Selling Price; pilihan: Cost, SKU, Barcode, dan gambar (Library atau Camera).
Varian, combo & kategori
Hidupkan Variants untuk pilihan saiz/suhu. Guna + → New Combo untuk set combo dan New Category untuk kategori baharu.
Jejak stok
Dalam borang produk, hidupkan Track stock, set unit (UoM) dan paras amaran stok rendah.
Tambah stok (Stock In)
Tab Stock → cari produk → tap ikon + hijau → masuk kuantiti masuk dan nota (cth bekalan pembekal) → Save.
Rekod kerugian (Wastage)
Tab Stock → tap ikon − merah → masuk kuantiti dan sebab (Damaged, Expired, Spillage, Other) → Save.
Amaran stok
Tab Stock papar petak Low Stock (oren) dan Out of Stock (merah). Tap untuk lihat senarai produk terlibat.
Stok ialah lejar pergerakan
Setiap tambah/tolak stok ialah satu rekod pergerakan — paras semasa dikira darinya. Void jualan tidak pulangkan stok automatik; laras manual di tab Stock.
Promo Codes & Diskaun
Buka Promo Codes
Tetapan → Promo Codes → tap + untuk cipta kod baharu.
Set kod & jenis diskaun
Masuk CODE (huruf besar, cth SAVE10). Pilih jenis: Percent off (1–90%) atau Fixed Amount (RM).
Had & sekatan
Pilihan: Minimum Order (jumlah minimum bil), Usage Limit (had bilangan guna), dan Expiry Date (sah sepanjang hari tarikh luput).
Guna kod di kaunter
Semasa bayaran, tap Promo → masuk kod → Apply. Jika sah, diskaun ditolak; jika tidak (luput / minimum tak cukup), mesej ralat dipapar.
Edit atau nyahaktif kod
Dalam senarai, leret kiri pada kod → Edit atau Deactivate. Diskaun peratus dihadkan 90% untuk elak bil RM0.
Pelanggan & Loyalty
Tambah pelanggan
More → Customers → tap +. Isi Full Name (wajib); pilihan: Phone, Email, dan TIN (untuk e-Invois B2B).
Hidupkan program Loyalty
Tetapan → Loyalty → togol Enable Loyalty Program kepada ON.
Set kadar mata
Set Points per RM1 (kadar kumpul, 1–10 mata) dan Value per point (nilai tebus, RM0.05–RM1.00), serta minimum mata untuk tebus.
Tebus mata di kaunter
Pilih pelanggan di POS → buka Redeem points → masuk mata untuk tebus → diskaun ditolak dari bil.
Mata ikut pelanggan
Mata dikumpul automatik bila pelanggan berdaftar membeli, dan disimpan pada rekod pelanggan tersebut.
F&B: Servis Meja (Dine-in Bayar Kemudian)
Aktifkan mod ini
Tetapan → F&B → togol "Dine-in bayar kemudian" kepada ON.
Jika OFF, semua jenis order bayar dulu (sesuai untuk kafe fast-service).
Pilih meja
Pergi ke tab Meja → tap meja yang dikehendaki.
Hijau = kosong · Merah = occupied. Meja boleh ditambah dalam Tetapan.
Ambil order dan hantar ke dapur
Tambah item ke troli → tap "Hantar ke Dapur".
Tiket dapur muncul dalam KDS secara automatik. Bil disimpan sebagai bil terbuka.
Tambah order kemudian
Recall bil terbuka → tambah item baru → tap "Hantar ke Dapur" lagi.
Hanya item baharu dihantar — tiada duplikat tiket.
Bayar bila pelanggan siap
Recall bil → semak semua item → pilih kaedah bayaran → Bayar.
Meja bertukar ke status kosong secara automatik selepas settle.
QR Self-Order (Pelanggan Order Sendiri)
Aktifkan QR Menu
Tetapan → QR Menu → togol ON.
Kod outlet dijana automatik — salin pautan atau cetak QR kod untuk setiap meja.
Pelanggan imbas QR
Pelanggan imbas QR dengan kamera phone → web menu terbuka dalam browser.
Tiada app perlu dipasang — berfungsi dengan sebarang smartphone.
Order masuk KDS
Pesanan pelanggan masuk skrin KDS Dapur secara automatik.
Cashier tidak perlu buat apa-apa — staf dapur boleh mula masak.
Tanda Siap dan bayar
Staf dapur tap "Tanda Siap" → pesanan muncul dalam "Pesanan QR Belum Bayar" di tab Laporan.
Cashier tap → Import ke POS → Bayar di kaunter.
KDS — Skrin Dapur (Kitchen Display)
Buka skrin dapur
Tap tab Kitchen (ikon api). Sesuai dipasang pada tablet di dapur.
Tiket masuk automatik
Order F&B (Dine-in/Walk-in/Bungkus) dan order QR masuk sebagai tiket secara automatik, dengan bunyi dan getaran bila tiket baharu tiba.
Status tiket
Setiap tiket bergerak: Waiting (oren) → Cooking (biru) → Ready (hijau) → Served (kelabu). Penapis di atas tunjuk kiraan setiap status.
Gerakkan tiket
Tap Start Cooking bila mula masak → Done bila siap → Served bila dihantar.
Bila ada 3 atau lebih tiket menunggu, butang Start All muncul untuk akui semua sekali.
Tiket QR & bayar
Order QR pelanggan papar kad berbingkai emas. Tap Accept → Mark Ready → Pay untuk import ke POS dan kutip bayaran di kaunter.
Cetak semula tiket dapur
Jika kitchen printer disambung, tap ikon printer pada kad untuk cetak semula tiket dapur.
Urus Staf & Peranan
Tambah staf baharu
Tetapan → Pengguna → tap "Tambah Pengguna Baharu".
Masukkan nama dan set PIN 4-digit untuk setiap staf.
4 peranan dengan akses berbeza
Owner — akses penuh termasuk tetapan
Manager — POS penuh + laporan
Cashier — POS + laporan harian
Dapur — KDS sahaja, tiada akses POS
Role Dapur (KDS sahaja)
Staf dengan role Dapur bila log masuk hanya nampak skrin KDS.
POS, Laporan, Inventori, Tetapan — semua tersembunyi.
Ini mencegah staf dapur buat jualan tanpa bayaran.
Ubah atau nyahaktifkan akaun
Pergi ke Tetapan → Pengguna → pilih staf → ubah nama, PIN, role, atau status aktif/tidak aktif.
Void / Batal Jualan (Refund)
Cari jualan
Tab Laporan → Sale History → pilih tarikh → cari jualan ikut no resit, masa, atau jumlah.
Void jualan
Leret kiri pada baris jualan → Void, atau buka butiran jualan → tap ikon X merah. Sahkan pada dialog.
Jualan tidak boleh diubah
Jualan bersifat immutable — void mencipta rekod baharu yang merujuk asal (bukan padam atau ubah). Jualan di-void dikecualikan dari jumlah bersih laporan.
Stok selepas void
Void tidak pulangkan stok secara automatik. Jika perlu, laras stok manual di Inventori → Stock.
Refund = Void
Untuk memulangkan jualan (refund), guna fungsi Void ini. Bayaran balik tunai kepada pelanggan diuruskan oleh anda di kaunter.
Service Charge (Caj Perkhidmatan)
Aktifkan Service Charge
Tetapan → Caj Perkhidmatan → togol ON → set kadar (contoh: 10%).
Cara pengiraan
SC dikira automatik: (Subtotal − Diskaun) × kadar SC
Contoh: Subtotal RM10, diskaun tiada, SC 10% = RM1.00
Paparan dalam resit
SC tercetak sebagai baris berasingan antara Diskaun dan SST.
Format: Caj Perkhidmatan (10%) ... RM1.00
SC tidak dikenakan SST
Mengikut standard Malaysia, SC tidak dikenakan SST.
SST hanya dikira atas subtotal produk (jika produk SST-able).
Laporan & Eksport
Laporan Harian
Tab Laporan → Laporan Harian: jumlah jualan, breakdown kaedah bayar, bilangan transaksi.
X-Report (Ringkasan Syif Semasa)
Papar ringkasan syif yang sedang berjalan tanpa menutup syif.
Semak prestasi jualan bila-bila masa.
Z-Report (Tutup Syif)
Tutup syif dan simpan rekod final.
Syif baharu dibuka secara automatik selepas Z-Report.
Laporan Mingguan dan Bulanan
Pilih tempoh tersuai untuk lihat laporan mana-mana minggu atau bulan.
Gross Margin
Lihat margin untung per produk untuk kenal pasti item yang paling menguntungkan.
Eksport PDF / CSV
Tap Eksport → pilih PDF atau CSV.
Kongsi terus via WhatsApp, emel, atau simpan ke Fail di iPhone.
Cloud Backup & Multi-Peranti
Hidupkan Cloud Backup
Tetapan → Cloud Backup → togol Cloud Backup ON. Jika belum log masuk akaun awan, tap Sign in to enable cloud backup (emel dan kata laluan).
Apa yang disimpan
Jualan dihantar ke awan bila peranti online. Data tempatan kekal sumber kebenaran — awan hanya salinan backup.
Sync manual
Tap Sync now untuk hantar segera. "Pending upload: 0" bermaksud semua sudah disync.
Multi-peranti (iPhone POS + iPad KDS)
Log masuk akaun sama di iPad → set sebagai Kitchen Display. Order dari iPhone POS muncul di iPad KDS secara realtime.
Offline tetap selamat
App berfungsi penuh tanpa internet. Jualan beratur di peranti dan dihantar bila online semula.
Printer & Laci Tunai
Sambung printer
Tetapan → Hardware → Receipt Printer → Scan → pilih printer. Sokong ESC/POS Bluetooth (58mm/80mm). Boleh juga set Kitchen Printer berasingan.
Test print
Selepas sambung, tap Test Print untuk sahkan printer berfungsi.
Buka laci tunai
Bila printer dan laci disambung, laci buka automatik selepas bayaran tunai. Untuk buka manual: Tetapan → Hardware → Receipt Printer → Open Cash Drawer.
Resit automatik
Resit dicetak automatik setiap jualan jika printer disambung. Boleh cetak semula dari Sale History.
Download on the App Store
← KembaliHubungi Kami →