Printer Bluetooth dan laci duit yang berfungsi dengan Pitis POS.
Apa yang anda perlukanPitis POS berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang perkakasan tambahan — hanya iPhone anda sudah cukup untuk menjual. Perkakasan berikut adalah pilihan, untuk pengalaman POS yang lebih lengkap:
Printer resit Bluetooth — cetak resit untuk pelanggan secara fizikal
Laci duit — buka automatik selepas setiap bayaran tunai
Scanner barcode Bluetooth HID — tambah produk dengan imbas kod
Printer Thermal Bluetooth (Resit)
Semua printer dalam senarai ini menggunakan protokol ESC/POS Bluetooth — serasi penuh dengan Pitis POS. Saiz kertas 58mm atau 80mm boleh dipilih dalam Tetapan → Printer.
DisyorkanRONGTARPP02N
58mm kertasBLEESC/POSBateri
Anggaran hargaRM 150 – 200
RONGTARPP300
80mm kertasBLEESC/POSBateri
Anggaran hargaRM 200 – 260
DisyorkanXprinterXP-P300B
58mm kertasBLEESC/POSBateri
Anggaran hargaRM 100 – 150
XprinterXP-P500A
80mm kertasBLEESC/POSBateri
Anggaran hargaRM 150 – 200
iDPRTSP450
58mm kertasBLEESC/POSBateri
Anggaran hargaRM 180 – 240
GprinterGP-2120TF
58mm kertasBLEESC/POSBateri
Anggaran hargaRM 120 – 170
Generic / Pelbagai JenamaBluetooth 58mm Thermal
58mm kertasBLEESC/POS
Anggaran hargaRM 70 – 130
Cari label "ESC/POS Bluetooth" di Shopee/Lazada. Kebanyakan model berfungsi.
Laci Duit
Laci duit disambung ke printer melalui kabel RJ11/RJ12. Pitis POS hantar arahan buka laci terus ke printer — tiada kabel berasingan ke iPhone diperlukan. Semak bahawa printer anda ada port RJ11/RJ12.
Laci 5-Ruang StandardRM 80 – 150
Saiz: 330 × 380mm
Paling biasa. Connector RJ11 ke printer. Sesuai untuk meja kaunter biasa.
Laci 4-Ruang KecilRM 60 – 100
Saiz: 280 × 330mm
Untuk ruang kaunter yang terhad. Kurang ruang untuk syiling besar.
Laci Besar 5-Ruang (Nota & Syiling)RM 150 – 250
Saiz: 410 × 415mm
Untuk kedai dengan jualan tunai tinggi. Ruang lebih lega.
Perkakasan TIDAK serasi
Printer label / AWB
Printer seperti D520, Zebra ZD220, Phomemo, atau mana-mana printer yang anda guna untuk cetak label penghantaran / label harga. Printer ini menggunakan protokol ZPL atau proprietari — tiada sokongan ESC/POS.
Printer WiFi sahaja (tanpa Bluetooth)
Pitis POS hanya menyokong sambungan Bluetooth BLE. Printer yang hanya ada WiFi atau USB tidak akan muncul dalam imbasan.
Printer USB terus ke iPhone
USB-C atau Lightning ke printer tidak disokong. Gunakan Bluetooth BLE sahaja.
Printer laser atau inkjet
Hanya printer thermal (haba) yang menggunakan kertas gulung yang serasi.
Di mana nak beli
Shopee Malaysia
Cari: "printer thermal bluetooth 58mm" atau "printer thermal bluetooth 80mm"
Pastikan ada perkataan "ESC/POS" atau "POS printer" dalam tajuk produk
Elak cari "label printer" atau "printer AWB"
Lazada Malaysia
Cari: "bluetooth thermal receipt printer"
Filter kepada penjual Malaysia untuk pengiriman lebih laju
Semak ulasan — cari pengguna yang sebut "Shopify", "POS" atau "resit"
Tip: Sebelum beli, imbas QR kod dalam kotak printer atau hubungi penjual untuk sahkan ia guna protokol ESC/POS — bukan ZPL atau CPCL.